Laporan Tunang dan Cetusan Hati(tajuk xboleh blah)
Assalamualaikum.
Sekarang pukul 3pagi. Tadi baru
balik dr kL,rumah mak sedara sebab ada majlis bertunang sepupu hari Sabtu dan
Ahad. So,dari hari Jumaat dah menapak kat sana. Tu pun sebab makcik mintak
tolong ayah jadi tukang cakap.
2,3 hari kat sana benda yang
banyak disembang ofcos la tunang,hantaran,mas kawin,adat, syarat2… benda alah
semua tu. So, banyak gak la benda yang aku blaja. Tapi makin banyak aku tau
makin pening kepala aku. Bukan apa, aku rasa complicated gila benda2 yg nak
kena urus. Macam jawab exam add math je. Aku yang duduk melopong dengar je pun
dah serabut, bayangkan makcik aku yang anak dia sendiri yang nak bertunang… mau
macam jawab balik algebra kejadah semua yang dia dah tinggal berpuluh2 tahun
dulu.
Bila aku try surf dalam internet
pasal risik, tunang ni semua, kalau ikutkan yang sebenar, 89% yang aku blaja dr
diorang tu semua hanya adat, 11% je yang betul2 syarat2 sebenar yang diajar
dalam Islam. Adat lah yang membuatkan semua benda mudah dalam Islam jadi payah.
Bayangkan orang lelaki yang bercadang nak kawin, kena ada sekurang2nya 40 ribu
dalam tangan. Yelah 20ribu je dah wang hantaran yang hangus, belum kira balas2
dulang la, cincin la, kenduri, baju pengantin, gambar dan benda2 alah2 yang
lain. Belum kira stanby tuk honey moon lagi. Tu nak hidup berpuluh2 tahun lagi
lepas tu cmner pulak? Hutang ptptn pun xhabis bayar lagi masa tu.
Sebab tu la ada yang ambil
jalan mudah melakukan perkara2 yang haram. Belanja makan+duit minyak
kereta+hotel xsampai rm200. Tu aku reka2 bajet je, aku xpernah tau buat kerja2
cmni,hehe. So, objektif yang nak dicapai sama,cuma satu kena habiskan ribu2
ringgit, satu lagi xsmpai 500 ringgit pun, mana satu yang kebanyakan org2 muda
akan pilih?
Sebenarnya kalau ikutkan, jalan
yang halal murah je, macam pengiraan yang hanya menggunakan nombor2. Tapi kita
telah membuatkannya menjadi payah dengan meletakkan huruf2 dekat pengiraan
nombor2 tu. Haishhh, pening2. Asal aku buat kaitan pasal math plak ni?zzzzz.
Dulu masa aku ada gf, aku ada
tnya dia kalau aku nak pinang dia, berapa wang hantaran yang dia kenakan? Dia cakap
CUMA RM20 RIBUUU jee. Masa tu aku naïf dan berada di awang-awangan lagi,so aku
rasa okey je la. Tapi sekarang bila aku buat calculation, kalau aku nak kawin
sebelum umur 30, aku mesti kena berhutang kecuali aku menang loteri atau gaji
aku rm5ribu sebulan dan aku duduk dengan parent,haha. Kalau x, kawin after 30
la jawabnya,huhu. Kalau pasangan korang sekarang sebaya?
Pompuan xkan sanggup tunggu
sampai 30 kalau nak kawin,masa tu kebanyakan dah kerepot dan saham turun.
Aku ingat lagi masa sekolah
ustaz aku pernah cakap, kenapa dulu, xde kes orang buang bayi, kena tangkap
basah, kena tangkap tengok video lucah tu semua?
Sebab masa umur diorang baru
matang diorang dah kawin. Dah dapat yang halal. Dah la masa tu xde lagi porn2
ni,so diorang xbnyak tau. Kebanyakn tau pun masa nak dekat2 kawin, tu pun mak
bapak yang cite sket2 supaya diorang xjanggal. Macam budak2 sekarang? Masa bila
diorang tahu bentuk alat sulit berlainan jantina? Bila diorang start baligh?
Ustaz aku bg contoh lelaki
pasal aku dulu sekolah laki. Bayangkn budak laki tu baligh umur 15 tahun. So,
kita assume umur 15 tahun tu dia dah tau pasal benda2 alah2 ni dan berkeinginan.
Okey, assume dia tamat universiti dengan ijazah umur 23? Dah 8 tahun dah kt
situ dia kena tahan. Tapi xkan dia boleh kawin umur 23, memang kena leter la
sebab baru habis blaja, xlayak,duit pun xde lagi. So kita assume umur 30 baru
la cukup semua dan boleh kawin. So, dia terpaksa menderita selama 15 tahun
sebelum dia dapat melepaskan hajatnya,haishh. Bayangkan godaan2 yang terpaksa
ditempuhi dalam masa 15 tahun tu-majalah Manga, artis2 seksi, bahan-bahan
lucah. Sebab tu la ramai yang kecundang ditengah jalan. Bila aku fikir
sekarang, aku nampak apa yg ustaz aku cuba bgtau. Dulu kitorang gelak2 je tyme
dia bercerita. Bila aku cite pasal budak laki kat atas ni jangan korang
bayangkan pasal aku plak okey?zzZzzz, aku xde kaitan,grrr,haha.
Bagi aku lah, untuk nak elak
adat2 ni memang payah sebab kita dah dibesarkan dengan pepatah, “ Biar mati
anak,jangan mati adat”. Tapi ada caranya, dan ianya memang melibatkan kerjasama
antara dua pasangan. Bagi pihak permpuan, jangan la bg beban hantaran yang
tinggi sebab nanti laki yang berhutang sebab hantaran korang tu jadi suami
korang jugak. Mungkin korang boleh keluar duit separuh2 antara pasangn korang. Lepas
tu, untuk majlis kawin, korang bincang macam mana nak buat ianya semeriah
tetapi sejimat yang mungkin. Kita kena tau tujuan majlis adalah untuk meraikan
pengantin je, dan kalau kita membazir, bimbang perkahwinan kita xdiberkati.
Macam barang2 rumah, sebelum
kawin dah boleh beli sket, mcm si laki beli peti sejuk, si pompuan beli mesin
basuh. Korang guna dulu masing2 kat rumah sewa, tapi nanti bila kawin korang
boleh combine je,jimat kat situ. Apapun berbincanglah secara bertoleransi dan
berhemah, kalau bakal laki korang tu kaya xpelah korang nak demand tinggi, tapi
kalu bakal laki korang biasa2 je, korang cuba la beri kelonggaran dan mungkin
berkongsi duit ke. Sebab yang penting nanti korang dapat hidup bahagia dan
xperlu nak hutang bnyak2. Perkahwinan pun diberkati.
Demmit, aku ni cerita keletung
keletang macam dah ada experience je,haishh,haha. Tengok balik dah macam
karangan pulak,zzzzZzzz. Tapi tulah pendapat aku lepas balik dari majlis tu.
Risau pulak dengan diri sendiri. Aku harap bakal isteri aku nanti boleh
bertolak ansur. Yelah, sekarang kebanyakan dua2 dah kerja. Dan kos sara hidup
sekarang xmacam dahulu. Untuk kebahagiaan diri masing2 xsalah untuk berkorban
sedikit.cewahh,haha.
Untuk korang yang sanggup baca
habis apa yang aku tulis ni atau pun yg skip terus pergi bawah, aku ada
sediakan pic sket yang dapat di snap masa majlis tu. Malas nak letak banyak
sebab dalam pic, muka aku banyak buruk,grrrrrr.
![]() |
| Semua pic ni masa tunang hari Sabtu. Yang hari Ahad aku xpergi tp yg pakai baju kotak ni la yg tunang hari Ahad |














