Apa nak jadi ngan makhluk BERAKAL sekarang neyh???
Baru2 ni kita dikejutkan oleh kes pembunuhan kejam yang telah dilakukan oleh makhluk yang telah dianugerahkan akal tapi tarafnya lagi hina dari haiwan. Seorang bayi telah dijumpai hampir rentung di dalam sebuah tong sampah dipercayai anak luar nikah yang ingin dihapuskan oleh mereka yg hina dan durjana. Keadaan bayi tu sungguh menyayat hati bagi setiap insan yang punya akal untuk berfikir. Apalah dosa bayi itu diperlakukan dengan kejam dan menidakkan haknya untuk hidup di muka Bumi Allah ini….
Aqu pun rasa sangat sedih bila melihat berita itu di kaca tv,sungguh kejam…. Ustaz aqu pernah cakap2,bayi2 yg mati ketika belum cukup umur akan berterbangan pada hari akhirat kelak untuk memberi minuman pada ibu bapanya. Sebb itu Allah akan pilih keluarga yang dikehendakiNya dn mengambil nyawa salah seorang zuriat supaya keluarga itu tabah dn memperoleh kesenangan di Akhirat kelak. Aqu siap berdoa supaya aqu juga merupakn salah satu keluarga yg sangat beruntung itu. Mungkin manusia2 durjana itu fikir mereka pun akan dapat meneguk minuman daripada anak yang mereka bakar tapi aqu rasa,bayi itu lah yg akn mengait mereka ke lubang neraka nauzubillah…
Mungkin aqu agak emo sedikit tp percayalah,semua owg juga akn berfikir dan bertindak mcm aqu… Bila manusia telah bertuhankan nafsu,beginilah jadinya. Mungkin inilah petanda Kiamat sangat hampir,kita sekarang mudah alpa walaupun melihat tanda2 yg datang,bisikan syaitan mengusir fikiran2 tu dri kita.
Mungkin perkara seperti ini tidak terjadi sekiranya kita mengamalkan cara hidup Islam dn menguatkuasakan undang2 Islam. Undang2 dari Allah adalah relevan sampai kiamat dan tidak ada seorang pun yg patut menafikannya. Owg2 dimomokkan dengan potong tangan,pancung,rejam sampai mati membuatkan mereka takut tp mereka perlu mengetahui keseluruhan prosedur yg berlaku sebelum sesuatu hukuman itu dijalankan. Islam tidak mengajar kita sewenang2 nya memotong tangan owg dn merejam owg sampai mati…Perlu ada bukti yg sangat kukuh contohnya 4 owg saksi laki yg adil. Mungkin selepas hukuman dijalankan ,akan ada perasaan gerun di kalangan owg ramai dan membuatkan mereka takut untuk melakukan perbuatan2 seperti itu. Kita perlu ingat,walaupun kita rasa perbuatan atau hukuman itu nmpak kejam,tp itu hukuman yg telah dikenakan di dunia dan apabila mereka insaf,dosa itu akn dihapuskn oleh Allah Yang Maha Pengasih.
Cuba bayangkan kita menggunakan hukuman yg direka oleh manusia seperti penjara 20 tahun. Itu dikira menganiaya pesalah dn dia juga tidak terlepas dr hukuman Allah di akhirat. Kita akan berlaku zalim dan itu juga merupakan dosa. So,aqu harap keadilan akan datang kepada kita. Aqu xcakap salah sapa2,Cuma apabila semua owg sedar dan berubah,perkara nseperti itu tidak akan berlaku,insyaallah. Sama2 lah kita doakan supaya bayi yg tidak berdosa itu ditempatkan dikalangan owg yg soleh dn kita berdoa supaya kita tidak menjadi manusia yang zalim…

3 comment:
bukan berakal dah.. binatang..
kucing pun.. mane ade dok tinggal anak dia.. bila da besar sket baru dia tinggal anak dia
banyak hikmahnya hukuman Islam ni.. cuma ramai yg pandang sebelah mata.
pastu dimomok kan dgn keburukan hukum Islam pulak.. yg sebena nye salah
betul tu,benda ni kita kena tahu keseluruhan dlu baru boley nk cakap2...
betullah tanda2 kiamat ialah,undang2 dijatuhkan oleh owg yang jahil tentang undang2
moga roh baby2 tu dicucuri rahmat.
amin.
:)
-ada-
Post a Comment