Sunday, 24 April 2011

WELCOME TO ME!!!!


Assalamualaikum.

Rasanya dah lame sangat x update entry dalam blog ni. Maybe sebab keadaan pada masa tu yang xmngizinkan. Walau apepun,blog ni xde lah ditinggalkan bersawang sebb sekali sekala ade lah jugak melawat sebb nk stalker blog kawan2.

Sepanjang ketidak update’tan blog ni, bnyak peristiwa2 yang berlaku dan peristiwa yang paling besar tentulah peristiwa aqu fail pita 2 dan kena extend satu semester. 

Untuk pita 2 ni, ramai yang support aqu, ckap panel xadil kat aqu sebb aqu xdpat pun major correction padahal system aqu boleh je jalan dan xde error kecuali system tu kecil, tp bagi aqu, aqu deserve untuk dapat fail. Aqu rase malu bila diorang cakap mcm tu padahal diorang xtau pun effort aqu mcm mana. Aqu sendiri rasa yang effort aqu bg xlayak pun untuk lulus. Aqu buat cincai2, awal bulan dua baru start buat coding berbanding orang lain yang bukak semester lagi dah start buat. Apepun aqu nk ucap terima kasih banyak2 kepada semua orang yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada aqu dalam menyiapkan system terutama 2 orang ni, Wansyah dan Thanesh. Diorang banyk gile tolong aqu dan sanggup xtydo kerana aqu.

Abis pita ni fokus kat exam, bila tengok carry mark yang rendah buat aqu fikir, apa yang aqu focus untuk semester ni…..rasenye xde pun…aqu rase aqu bnyk sangat buang masa padahal semester nil ah yang paling penting. Banyak bermain dan terus bermain. Akhirnya tambah satu semester lagi.
Semester ni jugak lah aqu dapat berjumpa kawan2 satu course wat kali terakhir. Banyak kenangan bersama mereka, pahit dan manis. Aqu berusaha mengadakan parti BBQ terakhir supaya aqu xregret dan Alhamdulillah berjaya. Macam xsangka plak aqu xkan dapat jumpa diorang sem depan. Yang pasti aqu xkan pergi pesta knvo bulan 9 ni sebab aqu xrasa aqu ada kekuatan untuk pergi sana. Aqu pun xpasti apa perasaan aqu bila bukak fesbuk dan member2 aqu pakai jubbah konvo…

***********

Saat2 akhir nilah aqu cuba untuk bergembira bersama kawan2. Aqu rasa gembira apabila dapat menunaikan hajat sue kawai untuk celebrate besday dia sebab sebelum ni die selalu ckp besday die tyme exam dan xde sape nk sambut.

Hantar dello dan naz pastu jalan2 pi AnW walaupun duit tyme tu cuma ade RM11 je, terlupa nk keluarkan duit. Makan durian dengan Fatin, Sue dan Najib dan bau durian semerbak dalam kereta. Sampai sekarang masih misteri sapa yang mengeluarkan bau tu. Aqu terpikir gak adekah aqu yang mengeluarkan bau tu sebb aqu ade terbatuk tp batuk xkuarkan bau durian,erm biarlah menjadi misteri…boleh buat modal cerita kami berempat bila jumpa di lain kali =)

Belanja budak rumah makan sate. Aqu rase aqu selalu join event tnpa fikir pasal diorang, bila aqu pergi mane2 diorang akn stay kt rumah. Kadang2 sedey jugak sebab tu timbul hasrat untuk belanja makan sate dan akhirnya termakbul…

Dan last sekali baru malam tadi aqu dah buat satu tanda kat hati seseorang, bukan yang baik tp tanda buruk. Dan aqu tau tanda tu akan kekal dan keadaan antara kami xkan lagi sama. Aqu rasa sangat regret dengan apa yang aqu buat,apabila perbuatan dilakukan tanpa memikirkan baik dan buruk perbuatan itu. Bukan perkara kecik bila ia melibatkan maruah orang dan aku rasa sangat menyesal atas perbuatan tu. Kepada kamu, “Saya minta maaf”.

Hurm,cukup la tu untuk kali ni. Rase dah panjang sangat aqu taip entry kali ni,hope segala kehidupan berjalan lancar dan menghadapi masa hadapan dengan senyuman…..

1 comment:

Unknown said...

tabahlah sapik. ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. extend is the best way. gud luck.! tapi kalau boleh, time ktorg konvo *insyaAllah, datang la lawat . T.T