Shocking News
Assalamualaikum.
Petang tadi seorang kawan aku text msg. Dia bgtau dia dah fikir masak2 dan keputusannya, dia decide untuk tidak sambung belajar. Masa aku dapat msg tu, aku cepat2 reply kat dia. Tapi sampai saat entry ni ditulis, dia still xreply msg aku.
Beberapa hari ni dia memang ada bgtau aku yang dia bercadang untuk berhenti belajar kerana masalah keluarga dan kewangan, tetapi aku mencadangkan supaya beliau berhubung dengan pihak U kerana pihak U ada peruntukan untuk kebajikan pelajar dan aku tahu tabung kebajikan tu memang ada banyak wang. Dia cakap dia akan coll pihak U keesokan harinya. Tup2 dia text msg kat aku hari ni.
Sebenarnya keputusan dia tu memang sangat2 merugikan. Dia cuma ada setahun je untuk mendapat segulung ijazah. Cuma nasib dia pada tahun akhir, dia mendapat musibah yang membuatkan dia menangguh pengajian.
Walaubagaimanapun, mungkin aku hanya mampu bercakap itu dan ini tetapi mata yang memandang, tidak dapat mengetahui bebanan bahu yang sedang pikul. Mungkin dia telah berfikir sedalam-dalamnya dan sebagai kawan, aku hanya mampu berdoa supaya dia sentiasa dipermudahkan.
Ini membuatkan aku berfikir, ada orang yang sangat-sangat ingin belajar, tetapi tidak berpeluang untuk merasainya, tetapi ada yang telah diberi banyak peluang untuk berubah dan merasai nikmat menuntut ilmu, tetapi mensia-siakannya. Kita fikir ini sangat-sangat tidak adil, tetapi mungkin kita tidak mengetahui, perancangan Allah adalah yang terbaik.
Aku harap-harap, dia berubah hati untuk sambung belajar dan tidak meneruskan niatnya untuk berhenti. Dia budak pandai dan rajin, dia boleh berjaya dan dia akan dapat meringankan bebanan keluarganya kelak. Kalian sama-samalah berdoa bersama aku….

2 comment:
wei ye ke. siannyee. rasa cam nk tolong je. tapi ak pon tak mampu nk tolong. =( rasa cam looser gilaa bila tgk membe sendiri terkandas. T.T
tu la pasal..kita doa bnyk2 supaya dia nk sambung blaja....
Post a Comment