Monday, 9 January 2012

Merepek di Pagi Hari



Assalamualaikum.

Dah pukul 5.30 pg. aku still xtidur lagi. Dah masuk beberapa minggu dah kot macam ni. Mungkin jam biologi aku dah berubah. Semuanya gara-gara hendak meyiapkan pita aku yang gagal semester lepas. Syukurlah semester ni dah lepas walaupun aku xmengharapkan gred yg tinggi sebab aku pun hanya mendoakan aku lulus pita ni.

Disebabkan aku dah lulus pita, aku pun merasakan aku dah grad walaupun aku masih ada satu paper elektif yang belum habis, tp aku rasa aku boleh lulus (amin). Tapi still rasa sedih jugak sebab lewat grad berbanding kawan2 yg dah konvo tahun lepas. Haishhh. Xpelah, mungkin tu rezeki masing2.
Parents aku akan datang amik aku dalam 15hb so aku cuma ada dalam 6 hari je lg kt rumah sewa ni. Actually perasaan tu memang bercampur aduk. Rasa sedih pun ada. Mungkin ni la kali terakhir aku tengok muka-muka kawan serumah aku ni sebab mungkin ada yg xkonvo sekali dan ada jugak yg mungkin xdtg pun konvo nanti. 

Bila fikir balik, sebenarnya banyak yg aku belajar mengenai kehidupan sepanjang aku berada di alam kampus ni. Banyak benda baru yang aku jumpa dan banyak yg aku belajar cara nk handle masalah2. Semua pengalaman2 tu sangat mahal. Bila aku balik rumah tyme cuti semester, aku boleh nampak perbezaan antara aku ngan adik2 aku yg xmerasa duduk di rumah sewa. Kalau korang  diberi peluang, aku rasa korang patut rasa macam mana duduk di rumah sewa di mana kita boleh nmpk diri sebenar member2 kita dan kita belajar macm mana nk handle. Kalau silap percaturan, boleh jadi gaduh besar.

Kt bumi Terengganu ni jugak aku dapat banyak sahabat yg aku boleh share suka dan duka dan bila bersama mereka, aku bebas menunjukkan sifat aku yg sebenar sebab aku selesa. Tapi bab share2 ni aku xshare ngan kawan laki,hahaha. Bila bersama ngan sahabat laki, kitorang boleh perli2 dan gelak2 antara satu sama lain dan benda tu langsung xsimpan dalam hati. Dengan sahabat perempuan, aku suka share mengenai perasaan aku dan gosip2 sebab kalau dengan lelaki memang kena bahan kaw2 la ngan diorang. Tapi ada sorang je yg aku rase aku boleh sentiasa ngam dan dia sangat pandai nasihat aku. Fikiran dia sangat matang berbanding usia dia sebab bila die bg advice kt aku, memang rase terbaik. Aku pernah panggil dia Yumiko Chan ,hahaha. Xtau dia ingat ke x.

Bila tulis benda2 pasal kenangan ni, mula la aku terbayang peristiwa2 yg berlaku sepanjang aku ada kt sini. 1001 perkara aku dah pernah buat kt sini. Mandi pantai, padam kebakaran, masak2,bawak keta,bg hadiah besday, beli kek,buat baju,putus cinta,gaduh ngan kawan,ponteng kuliah,amik gambar, jalan2..bnyak lagi lah benda yg berlaku dlm masa lebih kurang 4 tahun ni.

Aku cuma berharap, pengalaman2 yg aku telah kutip ni, dapat aku gunakan sebaik2nya untuk menghadi hidup yang lebih mencabar di masa akan datang. Kata orang, kehidupan sebagai pelajar, cabarannya, adalah suku daripada cabaran yang bakal kita hadapi selepas kita belajar. Ramai yg telah kecundang dan aku harap, aku bukan tergolong dalam kelompok tersebut.

Semoga kehidupan aku selepas ni sentiasa diberkati dan dipermudahkan. Hurm baca balik benda ka tats, aku rasa macm aku merepek jer,hasihhhh….

0 comment: