Sunday, 11 March 2012

Kisah Pensel Pilot dan Pensel HB (episod luahan perasaan)




Alkisah maka tersebutlah kisah di suatu dunia di mana watak utama bukanlah manusia atau orang. Watak-watak yang hadir merupakan alat-alat tulis dan kali ini merupakan sambungan kisah agung pensel HB dan juga pensel Pilot. Arakian…

Akhirnya setelah beberapa tahun belajar bersama mengharungi suka dan duka bersama pensel-pensel yang lain, pensel HB dan pensel Pilot pun tamat belajar. Walaubagaimanapun, pensel Pilot telah habis dahulu sementara pensel HB terpaksa menambah waktu belajar akibat sikap pensel HB tu sendiri yang malas dan belajar sambil lewa. Pensel HB berasa sangat malu terhadap pensel Pilot dan pensel-pensel yang lain tetapi nasi dah jadi bubur. Pensel HB berasa akan ada perkara besar yang mungkin terjadi nanti dalam hidup dia.

Maka bermulalah episod baru pensel Pilot yang dimurahkan rezeki mendapat tempat kerja berhampiran rumahnya. Sementara pensel HB terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang bertangguh supaya dapat tamat belajar sekali. Pensel HB ada juga berhubung dengan pensel Pilot melalui msg tetapi setiap kali msg, pensel pilot hanya bercakap pasal kerja menyebabkan pensel HB rasa sedih. Kadang-kadang pensel HB berharap pensel Pilot berhubung dahulu dan bertanya pasal dirinya, tetapi impian hanya tinggal impian. “Mungkin dia sangat sibuk dengan kerja dia”,bisik hati kecil pensel HB bagi menyedapkan dirinya.

Masa terus berlalu, pensel HB dan pensel Pilot semakin jarang berhubung. Kebanyakan kalau berhubung mesti pensel HB yang mula dahulu, tetapi semuanya dibalas ringkas-ringkas. Pensel HB berasakan yang pensel Pilot sudah melupakan hubungan mereka. Kadang-kadang pensel HB ingin berhubung tetapi pensel HB takut pensel Pilot sibuk dan akan mengganggunya. Oleh itu, niat tersebut terpaksa dipendamkan.

Kadang-kadang ada juga sahabat pensel HB bertanyakan hubungan dia dengan pensel Pilot. Pensel HB hanya tersenyum pahit menjawab dengan jawapan yang paling selamat iaitu “kalau ada jodoh, adalah tu”, walaupun dalam hati kecilnya, selalu berkata, kalau kita tidak berusaha mendapatkannya, ia tidak akan datang sendiri. Hati kecil pensel HB juga selalu memberitahu bahawa sebenarnya pensel Pilot sudah suka pensel lain walaupun pensel Pilot tidak memberitahu secara terang. Walaupun cuba dibuang bisikan tu tetap datang.

Pensel HB faham, pada masa kini, kasih sayang sahaja bukan penentu hubungan tu berjaya. Faktor seperti wang ringgit, kerjaya, juga perlu diambil kira kerana itulah kelangsungan hidup sekarang. Bagi diri pensel HB yang tiada apa-apa ini membuatkan pensel HB semakin rendah diri. Sebenarnya semua tu boleh diperoleh, cuma masa yang akan menentukan. Sebenarnya, pensel HB perlukan ‘seseorang’ yang bertindak sebagai pendorong bagi dirinya. Pendorong yang diharapkan adalah insan tersayang yang sentiasa berada bersamanya semasa senang dan susah. Pensel HB tidak mahu pendorong hanya datang pada waktu senang sebab pendorong itu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya buat selama-lamanya. Tetapi pendorong yang pensel HB harapkan itu sudah semakin jauh dari hidupnya. Pensel HB tahu dia mempunyai ramai kawan-kawan yang sentiasa ada tidak kira dia senang atau susah, tapi seramai manapun kawan-kawan, cuma seorang je yang akan sentiasa berada disisi dia.

Mungkinkah itu caranya pensel Pilot hendak memberitahu bahawa hubungan mereka sudah berakhir? Hanya pensel Pilot jualah yang mengetahuinya.

Pensel HB cuba bermuhasabah diri, memikirkan kembali kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan, mungkin juga dia tidak sedar yang dirinya sangat teruk. Mungkin juga dirinya tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan sekiranya dijadikan pasangan? Mungkin juga yang di atas telah mempunyai percaturan yang lebih baik untuk pensel HB? Mungkinkah pasangan pensel HB sebenarnya pensel kayu seperti pensel BB dan bukan pensel tekan??? =)


Dan Dialah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku, dimasa lampau, masa kini, dan juga masa hadapan.

2 comment:

berusaha la pencil HB selagi boleh..kalo nmpak mcm dah xboleh sgt tu,paham2 je la..kihkih..*kan dah jadi penasihat pasangan bercinta

dah lama kot xdgr cite 2 btang pensil nih..

Nik Syafiq said...

hahaha. Dalam drama, selalu penasihat tu lah yg masalah dia, dia sendiri xdpt selesaikan...zzzz