Kisah Pensel HB dan Pensel Pilot (Episod Terakhir)
Al kisah ini merupakan bahagian
terakhir ceritera cinta antara pensel kayu HB dengan pensel tekan Pilot.
Sebelum ni kalau ad abaca memang lebih kurang je cerita dia. Ada ending-ending
sedih, tapi ending-ending tu hanya anggapan manakala kali ni memang ending se
ending endingnya,heh. Tapi bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk membaca
kisah pensel HB ngan pensel Pilot ni, boleh la klik kat sini, sini dan sini.
Semuanya bermula pada bulan
hari lahir pensel Pilot. Sebelum ni, kita mengetahui yang hubungan antara
pensel kayu HB dengan pensel Pilot dah xbeberapa baik. Pensel HB rasa serba tak
kena dengan perasaan dia. Rasa ada benda buruk yang bakal terjadi. Perasaan tu
semakin membuak-buak bila kawan dia, pensel 2B menasihati pensel HB supaya
melupakan pensel Pilot untuk mengelakkan pensel HB lebih merana. Tetapi pensel
HB masih tidak mengendahkannya. Bagi dia, masih ada harapan untuk dia bersama
pensel Pilot sekiranya masing-masing tidak terikat.
Suatu hari, pensel HB
bertanyakan pensel Pilot mengenai sesuatu yang mencurigakan yang pensel Pilot
lakukan di ‘muka buku’.
“Awak like
benda-benda ni macam awak nk bertunang je.” – Tanya pensel HB kepada
pensel Pilot.
Pada mulanya pensel Pilot
menafikannya. Tetapi setelah didesak dia mengakui. “Ya, saya dah nak bertunang. Mungkin dalam bulan O atau
awal bulan S.”
Pensel HB terkejut tetapi
beliau ingat pensel Pilot sekadar bergurau dengannya. Tetapi tiada gunanya
bergurau pasal perkara-perkara tu.
“Saya
tak boleh tunggu awak. Lama sangat.” – ujar pensel Pilot.
Hancur luluh hati pensel HB
pabila pensel Pilot bercakap macam tu kepadanya. Teringat dia pada perbualan
dia dengan pensel Pilot baru beberapa bulan yang lalu.
“Awak dah ada
calon? Takde fikir pasal nak tunang ke?” – gurau pensel HB.
“Saya
malas nak fikir lagi pasal benda tu.
Calon pun tiada lagi.” – ujar pensel Pilot.
“Awak tunggu je
lah saya. Nanti saya masuk meminang awak lepas saya habis Master.”-gurau
pensel HB.
Rupa-rupanya, segala perbualan
tu hanya hendak menjaga hati pensel HB. Sebenarnya pensel Pilot sudah ada
rancangan yang lain. Calon pun dah dia kenal nak dekat setahun. Tapi pensel HB
tidak faham kenapa pensel Pilot cuba bohonginya. Kenapa perlu memberi harapan
sekiranya hati tidak lagi berkenan? Dia tidak tahu semakin lambat dia
memberitahu perkara sebenar kepada pensel HB, semakin sakit pensel HB pabila
mengetahuinya nanti…
Tetapi soal jodoh, rezeki, ajal
maut semua telah tertulis sejak roh ditiupkan lagi. Kita memang tidak akan
dapat mengubah semua itu. Pensel HB memohon ampun dan maaf kepada pensel Pilot
di atas segala salah dan silap sepanjang hubungan mereka. Memang pedih tetapi
itulah hakikat yang perlu diterima oleh pensel HB. Jodoh dia bukanlah bersama
pensel Pilot. Pensel HB perlu tahu, jika pensel Pilot masih ada hati dengannya,
dia xkan buat macam ini. Sekurang-kurangnya dia akan bagitau pensel HB yang dia
taknak tunggu lama-lama. Semua perkara tersebut sebenarnya boleh diuruskan
sekiranya masing-masing memberikan kerjasama.
Pada hari tersebut, merupakan
hari terakhir pensel HB dan pensel Pilot berhubung. Setiap hari pensel HB berdoa
supaya hatinya tabah menghadapi peristiwa-peristiwa yang bakal menjelang.
Pensel HB akan melihat pensel Pilot bertunang dengan pensel lain, berkahwin dan
hidup bahagia bersama pasangannya. Perkara-perkara seperti itulah yang pensel
HB harap diberikan kekuatan untuk menghadapinya.
Pensel Pilot memberitahu bahawa
majlis pertunangannya mungkin berlaku pada akhir bulan O. Pensel HB harap
tarikh tersebut bukanlah tarikh yang sama dimana 4 tahun sebelum itu, pensel HB
pertama kali meluahkan perasaan cintanya kepada pensel Pilot dan mereka mula
bersama.
Sampai saat ini, pensel HB cuba
melupakan pensel Pilot. Pensel HB tahu, jika di dalam hatinya masih terdapat
pensel Pilot, ruang untuk diisi oleh pensel lain tidak ada. Baginya, tidak
perlu lagi ditangisi kehilangan tersebut. Cukuplah sekali dimasa dahulu, pensel
HB menangis disebabkan pensel Pilot.
Ps: Dari Abdullah bin Mas’ud ra berkata: Sesungguhnya salah seorang di antara kalian dikumpulkan
penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian berubah
menjadi segumpal darah seperti itu, kemudian menjadi segumpal daging dalam masa
seperti itu kemudian diutus kepadanya malaikat lalu dia meniupkan ruh padanya
dan diperintahkan baginya untuk menulis empat perkara: Diperintahkan baginya
untuk menulis rezekinya, ajal dan amalnya serta apakah dia bahagia atau sengsara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~ FIN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 comment:
huu..sedih aku bace :'(
tacing ke cite ni ? =)
Post a Comment