Tuesday, 6 January 2015

Selamat Datang Tahun 2015


sumber: http://www.scribewise.com/Portals/202647/images/2015.jpg


Selamat menyambut tahun baru 2015. Walaupun sudah enam hari berlalu, rasanya still relevan lagi ucapan ni. Bila masuk tahun baru, pelbagai azam yang dibuat. Ada yang ingin menyudahkan azam tahun lepas yang tertangguh dan ada juga yang membuat azam baru. Kepada azam2 yang telah berjaya dilaksanakan, tahniah diucapkan, tetapi yang tertangguh, masih boleh dilaksanakan selagi hayat dikandung badan.

Sebenarnya azam ni agak penting sebab dia menunjukkan kita mempunyai matlamat hidup dan apa perkara yang ingin difokuskan. Azam penting supaya apabila kita tergelincir dari matlamat, kita boleh kembali ke landasan yang betul sebab kita telah ada objektif untuk dilaksanakan. Azam penting supaya kita rasa hidup kita agak berguna kerana ada benda yang nak kita capai.

Bagi aku pulak, untuk tahun 2015 ni, azam aku yang paling penting adalah untuk memperoleh kerja tetap dan menukar status single. Aku target atleast dah bertunang,haha. Amin.

Semoga kita sama-sama menempuh tahun 2015 yang semakin mencabar ini.

0 comment: