Saturday, 12 September 2015

Derma Darah Lagi.

Hari ni pergi derma darah dekat bandar tanah merah. Tau pun sebab semalam imam ada bagitau kempen derma darah dari hospital tanah merah. Memandangkan aku dah lebih 8 minggu tak menderma so memang semangat berkobar2 la nak derma.


So hari ni, lepas breakfast ngan hazim, aku suruh dia drop aku tempat derma darah. Dia dah bagitau tak mahu derma walaupun darah jenis O. Rugi sebab darah penderma universal tapi apa boleh buat, hak individu.

Nasib baik hari ni tak ramai orang lagi masa aku datang so cepat la jugak siap. Nurse veteren tengok alamat aku terus bagitau dulu dia penah keje klinik kesihatan bilut 3 tahun. Haha. Walaupun aku dah duduk bilut hampir 10 tahun tapi tak jumpa sebab dia duduk lagi awal dari aku. Apa yang dia cerit pasal bilut semua aku takleh nak capture sebab lain. Nasib je la.

Derma darah kali ni adalah kali ke 16 aku derma. Aku tak tahu kenapa orang tak nak derma darah sebab so far aku takde masalah pape lagi, alhamdulillah. Mungkin la paling teruk nurse salah cucuk tempat bukan salur darah, so kena cucuk sekali lagi. Sakit tapi dah lupakan dah. Kalau derma darah tu boleh sebulan sekali mesti tiap2 bulan aku dah pergi, haha. Perasaan dia macam excited je masa nak derma tu. Derma darah kat kelantan ni unik bagi aku sebab dia bukan bagi roti or muffin macam tempat lain aku pergi, dia bagi nasi kerabu ayam, haha. Dua kali aku derma darah sini, dua kali jugak aku dapat nasi kerabu ayam. Walaupun aku minat nasi kerabu tapi bagi aku macam xberapa sesuai la bagi nasi kerabu. Kita macam nak makan segera, so macam roti tu lagi ok la.

Setau aku jugak pusat derma darah cuma satu je dekat malaysia ni kot, yang dekat KL tu. Mungkin ada lagi tapi aku xsure. Aku rasa better buat setiap daerah ada satu pusat derma darah macam aku selalu tengok dekat cerita korea tu. Bukan apa, senang untuk orang awam pergi. Kadang2 kempen derma darah ni masa dia xkena dengan masa kita, so xdpat nak pergi. Masa kita free pulak xde kempen. So kalau ad pusat derma darah setiap daerah, senang, sampai masa, kalau free, kita pergi je sana derma darah. Mudah. Tapi tu cadangan aku je lah. Bukan senang2 nak buat benda2 gitu.

Harapan aku supaya ramai lagi rakyat Malaysia yang nak derma darah. Best kot, baik korang cuba dulu.


posted from Bloggeroid

0 comment: