Showing posts with label bas. Show all posts

Friday, 4 February 2011

Perjalanan Seriau Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Hai readers semua. Kali ni aqu nk share nga korang seme pasal ape yg terjadi sepanjang perjalanan aqu dari Hentian Putra ke Stesen Bas MBKT. Sebenarnye,tiap kali aqu balik cuti pun same jer cume kali ni agak berbeza sket. Pertamanye ni kali pertama aqu naik bas SP Bumi. Sebelum ni aqu memang setia ngan SANI Express jer tp kebetulan kali ni tiket SANI da abes.

Straight to the point,perkara pertama aqu nk cite ialah semasa aqu nga beratur nak nek bas. Tunggu orang amik tiket la. Then,ade sepasang suami isteri bersama sorang anak pompuan mereka kt belakang aqu. Sebenarnye besa tp yg wat aqu ingat ialah dialog mereka sekeluarga. Masa tengah beratur,anak diorang ckp kt ayah die: "Papa,ana nak papa skali nek bas ngan umi dan ana. ana takut xde papa"

Aqu bajek yg akan nek bas tu ialah si isteri dan anak mereka,ana tu. Ayah ana ckp kt ana: "xboleh syg,papa ade keje. walaupun papa xde, tp Allah ade bersama ana dan umi."

begitulah lebih kurang kata2 si ayah. Aqu terkejut sebb dialog cmtu jarang aqu dengar. Siyes aqu rase kagum ngan kata2 si ayah tu. dan si anak tu senyum jer. kemudian si ayah ckp kt isteri die: "Syg jaga diri dan anak kite elok2. Abg doakan syg selamat sampai umah mak" kemudian aqu tengok si suami tu cium dahi isteri die dan anak pompuan mereka. Syahdu giler aqu tengok diorang. mcm dalam filem plak. xkesah lah diorng wat cmtu sebb benda halal. dlm hati aqu nk jadi mcm si suami dan si ayah tu....heh.

ok lah. tyme nek bas tu besa la cume aqu rase bas yg dibwak cm laju semacam. Aqu boleh rase dan aqu boleh nmpak bas tu asyik potong jer. Aqu memang chuak dn dlm hati aqu doakan supaya tiada perkara buruk berlaku. Allah Maha Kuasa,tyme dekat Kemaman menghala ke Paka,aqu rase bunyi dentuman kuat dn tetibe bas jadi slow,aqu terus tengok tingkap dn nmpak sebuah kete Persona melompat atas divider yg lebar tu. Kete tu bergesel ngan bas yg aqu nek. Memang chuak giler dn aqu nmpak penumpang pun cm panik. Bas berhenti kt tepi dan aqu pun turun la sebok2 nk tengok bersama penumpang laki len. Mengikut cite,bas tu nk elak sebuah kete yg tetibe kuar simpang dn xnmpak kete persona yg cuba memotong kt sebelah kanan. kete persona tu bernasib bek sebb nek atas divider yg lebar dn xde lampu jalan,kalu x mesti kete tu melompat kt jalan bertentangan dn berlanggar dr kenderaan depan. Syukur la xjadi ape2 dan lepas tu aqu dapat rase yg bas tu jadi slow jer,huhu. Peringatan tuhan nk bg. Nasib bek xdiambil nyawa. syukur.

tyme nk dekat marang,aqu nmpak jem jalan,ingat ade lori pasir kt depan sebb jalan sempit memang payah nk potong, tp rupe2nyer ade ekciden. kte satria neo masuk sungai. kete baru lg. haishh,ekciden lg. mungkin kete tu nk potong tp xlepas dn terbabas ke sebelah kiri lalu terjunam ke dlm sungai. xtau la ape jdi kt pemandu kete tu sebb cume nmpk kete sedang ditarik kuar.

nk dekat2 sampai aqu dapt rase yg bas tu mcm da laju balik,ape yg dikejar pun xtau la,yg pasti driver die orang muda,mungkin darah muda kot. nmpakje MBKT aqu sangat bersykur. lega. lepas ni xmo nek bas SP Bumi,nk ngan SANI jugak....

Monday, 29 November 2010

Cinta Ibarat Pilih Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata padadiri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!




ps: artikel ni aqu dapat dr emel,ade member anta,hehehe..Renung2kan dan selamat beramal :)