Thursday, 25 November 2010

Kisah Pensel Pilot dan Pensel HB(episod guru bi)

SRK ni diletakkan sebb ade sket kaitan dengan entri ni,hahaha


Salam.

Kisah ni terjadi semasa pensel HB dan pensel Pilot sekolah rendah. Pensel HB dan Pilot sebenarnye satu kelas tyme skolah rendah. Pada waktu tu,skolah tersebut terkenal dengan guru bi yg besar dan sangat garang. beliau juga merangkap guru disiplin skolah dan juga merupakan guru bi bg kelas pensel HB dan pensel Pilot.

Pada suatu hari, guru bi tersebut ditugaskn tuk menjaga kelas pensel HB dan pensel Pilot kerana guru subjek tersebut ada mesyuarat. Semasa beliau menjaga,masuk  seorang guru yg juga merupakan kawan cikgu bi. Mereka bersembang dn buat lawak di dalam kelas. Semua pensel2 murid berasa lega dn agak terhibur walaupun berada dlm ketakutan disebbkan guru bi yg menjga.

Dalam nada lawak,guru bi mengatakan mukanya same hensem dengan Shah Rukh Khan,dia berkata dlm kelas,Shah Rukh Khan pun xhensem mcm die walaupun hakikatnya, jauh panggang dari api. tetapi disebbkn pensel murid2 yg takut nk mengeluarkan suara,semua menggangguk mcm robot dan ade jugak yg gelak2 kecil.

"Sebenarnya muka Shah Rukh Khan lagi hensem dari sir,jauh sangat"- tetibe pensel Pilot bersuara dlm nada gelak. Mayb  beliau excited dn juga beliau merupakan peminat Hindustan tegar yg perlu bersuara menegakkan keadilan,hahaha. Kata-kata beliau disusuli dengan gelak pensel murid2 dn juga pensel HB.
 

"Saya tau la muka saya xhensem,tp kamu jangan kurang ajar sangat. Berdiri cepat!!! Kamu ingat kamu tu lawa sangat??bla3..."- guru bi meluahkan perasaan sambil mukanya merah padam. Semua pensel murid kecut perut dan senyap. Pensel Pilot berdiri dan mula berair mata. Guru satu lagi senyap saje melihat situasi tersebut. Pensel HB rase perbuatan guru bi tu xpatut sebb kami cuma budak2 skolah rendah dan niat cuma bergurau. rase semua pensel murid2 kt situ tau. Suka2 je nk emo2 dengan pensel murid2. Kesian tengok pensel Pilot kena marah sambil menangis2, tp xboley nk buat ape sebb semua badan kecik. Kang semua kena sumbat dlm shrarpener mati plak,bertambah kontot.

Selepas habis waktu,guru bi pun keluar meninggalkn kelas sambil pensel Pilot masih lagi menangis teresak2. Guru bi tersebut memng terkenal dengan kekejaman beliau. Pensel HB pun da bnyak kali kena lempang dengan guru bi tersebut begitu juga pensel murid2 yg belajar dibawah beliau. Setiap tahun guru bi akan membeli rotan buluh baru menggantikan rotan buluh die yg hampir hancur kerana menjilat tapak tangan dn bontot pensel murid2 di dskolah itu setiap hari.

Apabila mengetahui yg guru bi akan bertukar,semacam satu pesta berlaku walaupun dalam sembunyi2. Smua pensel murid bergembira. Semua berasa lega tetapi ade juga yg bersimpati dengan pensel murid2 skolah baru tempat guru bi ditukarkan. Kisah kekejaman guru bi akan terkubur dan menjadi sejarah. Terlampau bnyak kisah duka pensel murid2 sepanjang guru bi tersebut mengajar. Bnyak ibu bapa yg dtg berjumpa dengan guru bi tersebut akibat tidak puas hati dengan hukuman yg diberikan kepada anak2 mereka. Agak2 kalu tyme tu facebuk da ade,mesti ade yg wat group "KAMI BENCI CIKGU BI",hahaha

Tamat suda kisah guru bi,harap korang xbosan,hehehe...

3 comment:

hahahah

kesian gile !

moral of the story : srk ensem . haha

Nik Syafiq said...

betul tu,hahaha