Monday, 28 February 2011

Dugaan Seorang Sahabat



Assalamualaikum.

baru tadi aqu menelefon kawan sekuliahku. bertanya khabar setelah masuk minggu ke-8 tidak bersua. terdapat banyak spekulasi2 yang timbul tetapi tidak dipedulikan. biarlah yang empunya badan bersuara sama ada mengia atau menafikannya. di dalam telefon, suaranya lemah tp masih mampu tertawa. malu hendak bercerita kerana ceritanya ibarat membuka pekung di dada, tp akhirnya mengalah dan bersuara...

dirinya seperti diserang penyakit misteri. ia datang sekiranya terlintas di benak fikiran mau pulang belajar. sudah banyak tiket bas yang dibuang tanpa guna. datangnya penyakit itu seperti menusuk2 fizikal dan emosi. bau yang dikeluarkan membuatkn dirinya tidak selesa, bimbng juga ianya mengganggu orang disekitarnya.

puas sudah dirinya berjumpa di pihak kerajaan dan swasta, jawapan yang mereka bagi semua berbeza. dirinya sudah letih dan wang ringgitnya sudah habis. terdetik di hatinya mungkin ini perbuatan durjana. membalas dendam merosakkan hidupnya, tapi dia mempunyai hati yang tulus, tidak menuduh atau berkata tanpa usul periksa. dia menganggap ianya takdir Yang Maha Esa.

cadangan daripada kawan baik sedang diusahakannya. kaedah tradisional sedang ditiliknya. faktor wang ringgit diambil kira. tidak lupa kesahihan kaedah perawatannya.

sedih memikirkan nasib dirinya. semester terakhir hanya berlalu tanpa menunggunya. cita-cita yang dikejar terpaksa ditangguh. sudah terlewat walau dia bersungguh. sudah penat dia mengeluh. sekarang dia hanya berserah, hidupnya terasa tiada arah. dia sangat rindukan teman sekuliahnya.

bersama ini aqu kirimkan salamnya. kepada teman yang mengenali dirinya, kepada kawan sekuliah yang risau keadaannya, kepada yang curiga apa terjadi sebenarnya. pintanya cuma satu, berharap kalian mendoakan kesejahteraan dirinya. mendoakan dirinya pulih sediakala. mendoakan wajah kalian dpat ditatapnya. walaupun dia mengetahui dirinya tidak dapat bergraduasi bersama.

"Ya Allah. Ku mohon agar sahabatku ini pulih dari penyakit yang dihadapinya. Kau sihatkan tubuh badannya. Kau tabahkanlah hatinya dalam menghadapi musibah yang melanda. Kau cekalkan dirinya menghadapi dugaan yang tiba. Kau murahkanlah rezekinya. Sesungguhnya Engkaulah tuhan Yang Maha Pemurah, dan Yang Maha Penyayang. Perkenankanlah doa hambamu ini."

5 comment:

emm, bila aku tnye, die tak penah nak cerita..mungkin die tak mau aku risau..cume aku tau die sakit je..kdg2, aku dok pk gak, die keje ke..tapi die cakap tak. :( dah lagi sebulan je.

Nik Syafiq said...

sayangkn... :(

doakan yg terbaek untuk dia..amin..

betul, smoga dia semakin sembuh :(

Unknown said...

wey. cup cup. sape yg korg maksudkan ney ? ak x dapat nak kenal pasti laa . :(