Nukilan Hati Di waktu Dinihari.
Assalamualaikum.
Sekarang jam di skrin telah menunjukkan pukul 4.45 pg. Suasana sunyi sepi disebabkan semua penghuni sedang lena diulik mimpi. Awal-awal pagi ni seronok bermonolog mengingati semula memori2 lama dan memori2 suka dan duka. Paling ketara bila mengingati kisah-kisah cinta yg datangnya xterduga dan perginya xterasa. Walaupun ianya berlaku tidak lama, tapi kesannya agak ketara.
Sebenarnya kisah ini tidak perlu diletakkan noktah kerana ianya merupakan kisah yg suci yang datang daripada dua hati yang satunya sudah merasa erti derita dan yang satu lagi baru berputik perasaan cinta. Mereka sama2 bersatu atas nama sepasang kekasih tetapi yang "tidak nyata". Mereka suka meletakkan tanda "tidak nyata" itu disebabkan ianya lebih selesa dan tidak terpenjara.
Pada mulanya hati suci yang baru tiba,yang sudah lama memendam rasa tetapi baru kini beroleh tenaga untuk bersuara sekadar dipandang enteng oleh dua hati tersebut kerana mereka merasakan ikatan "tidak nyata" mereka tidak terjejas dek kedatangan perasaan baru tersebut. Tetapi hakikatnya percaturan mereka silap. Hati yang baru merasa erti cinta menjadi keliru. Adakah hendak diterima sahaja hati suci yang baru tiba ataupun kekal bersama dengan hubungan "tidak nyata"... Akhirnya atas dasar hati baru yg lebih dahulu mengenal dan menyedari kewujudan dirinya menyebabkan ikatan "tidak nyata" ini dileraikan begitu sahaja.
Tetapi hati lama yang telah merasa pahit manisnya apabila dirinya dicalari membiarkan walaupun kadang kala, kata-kata nesta terpacul daripada bibirnya menyebabkan hati yang baru mengenal cinta terasa dan terluka. Ikatan "tidak nyata" yang telah terlerai menyebabkan kedua hati tidak bersuara dan bersapa beberapa hari.
Walaubagaimanapun, atas dasar persahabatan dan pengalaman lampau, hati lama cuba menyapa dan sapaan itu disambut mesra kekasih "tidak nyata"nya walaupun ianya tidak lagi semesra dahulu. Kali ini hati lama tidak lagi merasa cinta terhadap kekasih "tidak nyata" nya itu, bukan kerana merajuk lara, tetapi tidak mahu luka lamanya berulang lagi, menjadi penunggu yang setia membiarkan dirinya dirobek atas nama cinta. Biarlah kali ini dirinya beralah mebiarkan sepasang hati baru menyulam kasih dan mencambahkan sayang. Dan kalau itulah takdirnya, dia rela...
Hati lama mempunyai satu permintaan. Dia berhajatkan supaya hati baru yang menjadi bekas kekasih "tidak nyata"nya tidak menyimpan dendam kesumat terhadapnya dan jangan ditambah perasaan cinta terhadapnya. Biarlah segala memori dan kenangan indah yang dilalui bersama terpahat di dadanya terpateri di hatinya. Biarlah mereka bersama atas nama hubungan sebaya dan bukan atas hubungan cinta.
Hati lama tidak kisah sekiranya dia masih menjadi pendengar setia dan berkongsi suka dan duka sebab jauh di sudut hatinya, dia tahu hati baru selesa berbicara soal hati,berkongsi kisah rahsia dengannya. Dan sememangnya dia sangat berharap dirinya dpat dijadikan teman berkongsi rahsia suka dan duka.
Walau apapun, ini cuma telahan dari pihak hati lama. berbicara berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, perlakuan dan percakapan. mungkin sebenarnya ianya cuma kisah dusta, kisah tidak sama rata, kisah yang hanya menjadi omong-omong kosong. siapa tahu apakah cerita disebelah hati baru. tiada siapa pun yang tau selagi hati baru tidak bersuara dan bersetuju. tiada siapa yang mengetahui apa yang tersimpan dan tercoret pada lubuk hati baru. tiada kajian atau ilmu duniawi yang dapt membolehkan mereka mengetahui apa yang ada di dalam hati dan sanubari. kita cuma mampu meneka Dan inilah dinamakan
RAHSIA HATI....

5 comment:
wow...tak tercapai akalku..=D
hahhahaha. ak baca entry ney. macam baja pantuk sajak gurindam syair je lagi. :PP
wah..bahasa sangat ssh untuk difahami..
=)
Post a Comment