Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, 22 February 2011

Nukilan Hati Di waktu Dinihari.


 Assalamualaikum.

Sekarang jam di skrin telah menunjukkan pukul 4.45 pg. Suasana sunyi sepi disebabkan semua penghuni sedang lena diulik mimpi. Awal-awal pagi ni seronok bermonolog mengingati semula memori2 lama dan memori2 suka dan duka. Paling ketara bila mengingati kisah-kisah cinta yg datangnya xterduga dan perginya xterasa. Walaupun ianya berlaku tidak lama, tapi kesannya agak ketara.

Sebenarnya kisah ini tidak perlu diletakkan noktah kerana ianya merupakan kisah yg suci yang datang daripada dua hati yang satunya sudah merasa erti derita dan yang satu lagi baru berputik perasaan cinta. Mereka sama2 bersatu atas nama sepasang kekasih tetapi yang "tidak nyata". Mereka suka meletakkan tanda "tidak nyata" itu disebabkan ianya lebih selesa dan tidak terpenjara.

Pada mulanya hati suci yang baru tiba,yang sudah lama memendam rasa tetapi baru kini beroleh tenaga untuk bersuara sekadar dipandang enteng oleh dua hati tersebut kerana mereka merasakan ikatan "tidak nyata" mereka tidak terjejas dek kedatangan perasaan baru tersebut. Tetapi hakikatnya percaturan mereka silap. Hati yang baru merasa erti cinta menjadi keliru. Adakah hendak diterima sahaja hati suci yang baru tiba ataupun kekal bersama dengan hubungan "tidak nyata"... Akhirnya atas dasar hati baru yg lebih dahulu mengenal dan menyedari kewujudan dirinya menyebabkan ikatan "tidak nyata" ini dileraikan begitu sahaja.

Tetapi hati lama yang telah merasa pahit manisnya apabila dirinya dicalari membiarkan walaupun kadang kala, kata-kata nesta terpacul daripada bibirnya menyebabkan hati yang baru mengenal cinta terasa dan terluka. Ikatan "tidak nyata" yang telah terlerai menyebabkan kedua hati tidak bersuara dan bersapa beberapa hari.

Walaubagaimanapun, atas dasar persahabatan dan pengalaman lampau, hati lama cuba menyapa dan sapaan itu disambut mesra kekasih "tidak nyata"nya walaupun ianya tidak lagi semesra dahulu. Kali ini hati lama tidak lagi merasa cinta terhadap kekasih "tidak nyata" nya itu, bukan kerana merajuk lara, tetapi tidak mahu luka lamanya berulang lagi, menjadi penunggu yang setia membiarkan dirinya dirobek atas nama cinta. Biarlah kali ini dirinya beralah mebiarkan  sepasang hati baru menyulam kasih dan mencambahkan sayang. Dan kalau itulah takdirnya, dia rela...

Hati lama mempunyai satu permintaan. Dia berhajatkan supaya hati baru yang menjadi bekas kekasih "tidak nyata"nya tidak menyimpan dendam kesumat terhadapnya dan jangan ditambah perasaan cinta terhadapnya. Biarlah segala memori dan kenangan indah yang dilalui bersama terpahat di dadanya terpateri di hatinya. Biarlah mereka bersama atas nama hubungan  sebaya dan bukan atas hubungan cinta.

Hati lama tidak kisah sekiranya dia masih menjadi pendengar setia dan berkongsi suka dan duka sebab jauh di sudut hatinya, dia tahu hati baru selesa berbicara soal hati,berkongsi kisah rahsia dengannya. Dan sememangnya dia sangat berharap dirinya dpat dijadikan teman berkongsi rahsia suka dan duka.

Walau apapun, ini cuma telahan dari pihak hati lama. berbicara berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, perlakuan dan percakapan. mungkin sebenarnya ianya cuma kisah dusta, kisah tidak sama rata, kisah yang hanya menjadi omong-omong kosong. siapa tahu apakah cerita disebelah hati baru. tiada siapa pun yang tau selagi hati baru tidak bersuara dan bersetuju. tiada siapa yang mengetahui apa yang tersimpan dan tercoret pada lubuk hati baru. tiada kajian atau ilmu duniawi yang dapt membolehkan mereka mengetahui apa yang ada di dalam hati dan sanubari. kita cuma mampu meneka  Dan inilah dinamakan
RAHSIA HATI....

Thursday, 17 February 2011

Kata-kata Yang Keluar Tidak Akan Dapat Ditarik Balik



Assalamualaikum.

Hai korang,dan korang dan korang (tiru style cikepal). Mesti korang semua mcm curious jer dengan tajuk entri kali ni kan??? Sebenarnya sekarang aqu sedang berada dalm keadaan sangat2 bersalah. Kelmarin aqu ade bermesej2 mesej an dengan seorang cik awek. Tetibe aqu mcm termesej ayat yg aqu rase kasar kot... Pastu cik awek tu cakap die terasa tp dalam nada joke la mesej die tue. Tp aqu pasti die memang betul2 terasa.

Erm,ekceli kami sebenarnye ade konflik tp konflik tu rasenye biarlah kami berdua jer yg tau kot. Sampai satu tahap kami mcm berada pada jalan yg buntu. Mcm xde langsung penyelesaian berkenaan masalah kami. Sebenarnya aqu pun risau gak sebab aqu takut pasal konflik ni, cik awek tu terganggu study die. For sure memng sedikit sebnyak akan terganggu,huhu.

Sebenarnye sebelum ni xdelah timbul konflik ni, kami memang happy je bermesej-mesej an, gelak2, suke2, ejek2..tp sejak tercetusnye konflik,suasana seperti da xkena. Memula kami fikir konflik tu cume perkara kecik dan kami yg konon2 nye dah matang rase boleh menanganinye tp semakin hari ia jadi worst.

Kemuncaknya adelah pada malam kelmarin,aqu mcm telah melukakan perasaan cik awek tersebut. Pada mulanya aqu fikir itulah yg terbaek wat kami berdua tp bila difikirkan semula, aqu ni mcm budak2 plak. Sepatutnya perkara yg ingin diselesaikan ni xperlu sampai melukakan hati sebelah pihak. Sampai sekarg aqu rase sangat2 bersalah dan apabila mengetahui keadaan cik awek tu yg sekarang berada di bawah tahap normal,lagi lah perasaan bersalah tu memuncak.

Aqu rasa rindu dengan saat2 gelak2,sharing2, usik2,gosip2 dan sebenarnye perkara2 tu boleh lagi berjalan seperti biasa sekiranya aqu lebih berusaha mengawal emosi dan tidak bertindak membuta tuli Malu rasanya apabila 9 akal yg telah diberikan tidak dapat mengawal 1 je nafsu yg ada....

So, kepada cik awek tersebut yg mungkin xbaca kottt blog aqu nie,hehe, aqu cuma nk mintak maap atas kesalahan yg dilakukan tempoh hari.

"Hurm, apelah nik sapik tu mintak maaf kt blog,orng pi la mesej mintak maap,baru betul..." Sebenarnya aqu akan mesej jugak die mintak maap,u'all jgn risau ok,hehehe.  Ok,lah, di sini disertakan juga satu lagu tuk cik awek tu. Walaupun bile aqu dengar lagu die mcm xde kaitan dengan konflik ni ataupun pasal aqu nk mintak maap ni, tp tajuk lagu die memng kena sangat2 ngn kami terutama aqu,hahahaha.. ok, tata titi tutu

Monday, 31 January 2011

Soulmate...

Assalamualaikum.

Hai korang semua,entri kali ni aqu nk share pasal satu benda menarik berkaitan soulmate. Sebenarnya aqu copy entri ni daripada blog 1001 rahsia diri. Best blog tu,korang boleh la melawat blog tu kt sini .

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

So cmner?? Apakah kelapan² petanda di atas telah korang jumpa kt orang yg korang rase soulmate korang???heh...

Sunday, 23 January 2011

Rasie Kita Berdua,heh..

Assalamualaikum.

Hai korang,korang,dan korang lagi. Kenapa guna tajuk Rasie Kita Berdua???Actually aqu pun xtau nape aqu letak tajuk tu,hahaha. Maybe semenjak dua menjak ni aqu slalu gunakan dan selalu dengar walaupun xsekerap mane.

Korang tau x bila seorang perempuan tu start jatuh cinta????Cmner ea nk tau?ade simptom2 die x????Aqu nk blaja sebb aqu xtau dan aqu rase ilmu tu penting,hehe. Adekah bila xmsg sehari dan die rase rindu merupakan antara simptom2 nyer? Adekah termimpi2 merupakn simptom die jugak? Bagaimana dengan bermesej an panjang2 dan setiap hari tanpa jemu juga satu faktor????hahahaha. Bunyi da len mcm. Behave2....

Aqu rase benda2 yg kt atas tu bukan semestinye orng tu da fall in lap. Mende tu terjadi jugak kepada sahabat karib,kwn rapat,kn3???aqu tau mesti kalu ade butang 'like' kt statement ni,da ade org like,hahaha.

Dalam kehidupan ni setiap orang mempunyai rasie masing2. Even kita tengok org tu mcm fall in lap with each other,selagi mereka xckp ape2 better korang jgn judge ape2....mungkin mereka cume kwn...mungkin jugak mereka jadi rapat kerana sebb2 tertentu. Xpun mereka rapat sebb selesa dengan satu same len. kn3???

So,ape kaitan dengan tajuk dan entri yg aqu tulis ni????hehehe. Tu biarlah jadi rasie kami berdua,hahahahahaha

Monday, 27 December 2010

Berakhirnya 1 Dekad Abad ke 21

Assalamualaikum.

Sebagaimana yg kita maklum,lg beberapa hari lagi nk masuk tahun 2011. Ni bermakna,kita da mengharungi hampir sedekad dah abad ke 21 ni. Tahun 2010 yg dilalui ni memng bnyak menyimpan nostalgia, kenangan, harapan, kekecewaan. Tp adat sebagaimana manusia biasa, semua yg berlaku telah mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan lebih dewasa dn matang.

Aqu rase bnyak jugak perkara yg berlaku dlm hidup aqu pada tahun ni. Tp antara peristiwa yg paling aqu ingat ialah, semasa minggu EMDEC, minggu 3P,percintaan dan fyp.

Semua peristiwa yg berlaku semasa minggu EMDEC memang xkan dpt dilupakan. Tnyalah sape sahaja member2 aqu yg join EMDEC especially yg amik LINUX. Yg amik j2me aqu xsure la. Under Linux dengan Instructor En Hafiz yg sangat sporting,kami bnyak menghabiskan masa yg berkualiti bersama2. Lepas blaja Linux tu,hmpir semua bdak2 laki yg join masukkan OS Linux dlm Laptop masing2,explore sane,explore sini. Bila ada distro Linux baru keluar,kecoh.

Bg bdak2 pompuan yg join kelas Linux,ade yg nk try install distro linux jugak,tp rasenye mereka hanya minat kepada efek2 dlm linux yg cool tu jer. Ada jugak yg dlm kelas Linux la mereka baru start berkawan dn rapat. Kami bercuti bersama2,keluar berlibur bersama2. Tu antara cuti yg terbest bg kami.

Linux


Untuk minggu 3P plak,aqu cerita part yg sapa amik COMPTIA je la,sebb yg lain aqu xtau. Memula tengok nama instructor,ingat dia orng Singh. Tp lepas masuk rupe2nyer org Filipina,Mr. Sajid. Risau gak sebb bg kami,ni first time experience dengan instructor luar negara,tp rupa2 nya,memng best. Dia seorang yg happy-go-lucky,bnyk experience dan suka menyakat. Tyme tu jugak memang aqu dan cik bekas awek pling rapat selepas kami berpisah. Mungkin sebb Mr.Sajid yg suka menyakat kami. Walaupun mengalami masalh komunikasi sket memndngkan beliau hanya bertutur dlm bahsa Inggeris,tp still ok. Alhamdulillah,aqu lepas dua2 exam COMPTIA dn ade certificate untuk troubleshoot komputer dan network.

3P COMPTIA


Pasal percintaan plak,aqu ni xtau la nk letak dlm kategori mane. Da putus dengan cik bekas awek,tp still rapat lagi,still syang lg. Ade member rapat cik bekas awek bgtau cik bekas awek masih sayang aqu lagi. Xtau la. Pastu ade jugak cik awek xdikenali yg tetiba msg aqu selalu. Aqu xkenal pun die tp die ckp die kenal aqu drp kwn die. Die siap MMS lg pic die. Aqu ni biar la muka cantik mane pun kalu aqu xminat,aqu xlayan,hahaha. Kerap jugak la die anta msg,wish la,tp aqu bg alasan aqu sibuk dengan fyp jer.

Aqu terpikir jugak nk cuba accept cik awek xdikenali. Kenapa aqu nk kena tunggu cik awek yg belum tentu akn terima aqu dan aqu menolak cik awek yg betul2 suka aqu. Aqu tau girls bila suka somebody,he will be everything to her. Tp last2 aqu tolak dengan baik cik awek xdikenali tu. Aqu ckp kt die kita still boleh kwn,tp buat masa sekrg biarlah dlu. Masing2 tengah blaja. Tup2,die stop msg aqu smpai sekrg. Mungkin kecewa kot. Maaf cik awek xdikenali.

Pastu aqu mula jatuh hati dengan cik awek baru ni. Bermulanya dengan gosip,hahaha. Cik awek baru ni da kwn lame ngan die,tp mule suke skrg. Xtau nape. Tp rasenye ni cuma angan2 je kot. Rase xmungkin aqu akn bersama dengan cik awek baru. Walaupun die menjadi org kedua yg ketuk pintu hati aqu selepas cik bekas awek,xsemestinya kami kena kapel kn??hahaha. Aqu rase biarlah aqu kwn besa2 dlu. Aqu ni keje pun xde lagi cmne nk jaga anak org. Biar aqu dpt keje yg tetap,senang,lepas tu baru masuk meminang cik awek cik awek yg aqu suka dlu. Kalau kena reject,cuba yg lain plak. hahahaha.Adoyaii..makin merapu plak.



Peristiwa terakhir dlm tahun 2010 yg akn aqu ingat sampai bila2 adelah mase aqu present FYP depan panel. Memang kaw2 aqu kena. Aqu memang terus blur bila panel bgtau sistem yg aqu buat orng kampung boleh buat. Xlayak untuk fyp. Dah blur,kena la bertubi2 hmpir sejam. Mata da nk berair dah tp sib bek la aqu laki,hahaha. Ego dpt buat aqu tahan air mata drp keluar untuk benda2 yg xpatut aqu kuarkan air mata. Untuk result memng aqu da fail dan kena extend,tp panel bg aqu peluang lagi. Syukur alhamdulillah. yg pasti aqu xnk sia2 kan peluang yg panel bg kt aqu ni.


Aqu rase tu je kot. Nk masuk tahun baru ni aqu doakan kehidupan aqu sentiasa dilindungi dan diberkati. Harap sifat malas aqu akan berkurangan dan aqu dapat fokus untuk masa depan yg terbilang,hehehe.

Monday, 29 November 2010

Cinta Ibarat Pilih Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata padadiri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!




ps: artikel ni aqu dapat dr emel,ade member anta,hehehe..Renung2kan dan selamat beramal :)