Thursday, 23 June 2011

LOVE is CINTA


Assalamualaikum.

Korang pernah bercinta x?? Ataupun ada perasaan nak bercinta ke? Sebenarnya cinta tu bukan sekadar menyebut “I LOVE YOU”, banyak lagi yang tersurat dan tersirat sekiranya korang terlibat dengan CINTA.


First of all aqu memang tak faham apabila korang match kan kawan korang dengan orang lain. Konsep tu aqu rasa xberapa sesuai. Korang tengok kawan korang tu rapat dengan seseorang yang berlainan jantina dan korang tengok diorang memang perfect bila bersama, so, korang mula la nak gosip2 kan diorang, bila bertegur je diorang korang buat macam2.


Kebetulan yang sorang lagi tu memang suka dengan kawan korang. Perkara ni selalunya terjadi dekat perempuan dan lelaki yang selalu bersama. Diorang sebenarnya xde perasaan pun antara satu sama lain, mungkin Cuma rasa senang bila buat kerja bersama or sharing pendapat bersama. Korang plak tengok diorang macam sweet je bila bersama, diorang boleh jadi perfect couple la kalau bersama. Kalau dua2 pihak suka memang xde masalah la tapi kalau sebaliknya. Kawan korang tu akan jadi rimas, pastu mungkin jugak serba salah. Yelah, semua kawan2 dia suruh dia bersama lelaki tu, tapi dalam hati macam xde perasaan sangat kat dia. Pada satu masa dia akan beralah dan hati kecik dia bagitau mungkin jugak laki tu jodoh aku. So, dia memaksa perasaan cinta datang. Pihak laki tu pun sama, cuba memaksa cinta tu datang. So, mereka pun berkapel lah…. Tapi kebanyakan yang macam tu takkan tahan lama. Cinta memang xboleh dipaksa untuk datang. Cinta perlu hadir secara semula jadi.


Kalau kawan2 korang cakap korang padan dengan seseorang tu tapi korang xrasa apa2 perasaan kat dia, better korang tolak, jangan sesekali memaksa cinta tu hadir. Kecuali korang pun macam ada perasaan kat dia.


Kepada gurls, yang rasa korang macam xde jodoh je, jangan risau sangat sampai bila ade sorang laki datang dan meluahkan perasaan, korang terus terima bulat2. Benda tu kena datang sekali dengan perasaan korang. Insyaallah, jodoh korang telah tertulis sejak korang belum lahir lagi. Korang cuma perlu berdoa banyak2 supaya mudah dipertemukan jodoh dan beroleh jodoh yang baik.

Aqu pun kadang2 tersangkut jugak bab cinta ni sebab ianya perkara yang rumit dan misteri. Kadang2 akan terdetik dalam hati betul ke dia jodoh kita, betul ke kita memang sayang dia ataupun sekadar suka dia sebagai kawan. Orang bercinta memang selalu berfikir camtu kot kecuali kalau baru mula bercinta. Sekarang pun aqu macam menghadapi dilema. Aqu takut akan membuat pilihan yang salah. Orang cakap diorang lebih suka aqu dengan dia tapi betul ke aqu memang sayang dia tulus dari hati atau perasaan tu dijelmakan disebabkan pengaruh kawan dan sedikit kenangan lama….


Kadang2 aqu rasa aqu sangat bertuah mempunyai beberapa kawan wanita yang aqu rasa sangat baik untuk dijadikan teman hidup tapi disebabkan status, sorang2 pergi dan apabila diorang punya teman baru, aqu jadi cemburu. Bukan ke cemburu tanda sayang? Haishh,haha. Harap semuanya tu cuma bisikan jahat je.


Oleh itu, kita perlu berdoa selalu supaya beroleh jodoh yang baik. Kita tau lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, so, cuba perbaiki diri dan cuba menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.


Jangan paksa cinta untuk datang, biarlah ianya hadir  dengan sendirinya, kerana cinta yang hadir secara semula jadi, kita dapat rasa manisnya dan manisnya insyaallah, akan kekal hingga ke syurga J

5 comment:

kadang2,
rasa macam nk tgk masa depan,
utk tgk sape jodoh kita.
supaya kita x mlakukan kesilapan dgn memilih orang lain yg mana endingnya menyakitkan kita.
tp kalau mcm tu, kita x belajarlah dr kesilapan sepanjang hidup kat dunia nie~

Izzati Alina said...

cinta xperlu di paksa dan xperlu dicari... dgn sendiri die dtg... biar masa yg menentukan segalanya....

hehe :)

7 said...

haha. just make it naturally. am i ? :)

Amalina said...

wahhhh...hehe

"Semoga bertemu jodoh secepat mungkin" :P