Thursday, 24 November 2011

CINTA (lagi???)

Assalamualaikum.

Cinta. Rasa macam dah banyak entri yang aku cerita pasal benda alah ni. Hari ni tetiba aku nak cerita lagi. Mungkin sebab aku macam lihat perkara-perkara disekeliling aku yang menyebabkan aku nak buat entri ni.

Ada orang cakap, “Saya tak mahu fikir lagi pasal benda ni. Saya mahu fokus kerja dulu.”. Ada jugak orang cakap, “ Saya xkan terjebak dengan benda ni. Banyak lagi benda yang saya nak buat dahulu.” Aku ada jugak dengar kawan-kawan aku cakap macam ni. Tapi sebenarnya cinta dan kasih sayang ni merupakan fitrah bagi makhluk yang bergelar manusia.

Kita mungkin cakap kita boleh elak benda alah ni tapi sebenarnya kita cuma tak merasanya lagi. Kuasa cinta tu bagi aku ibarat sekilas pandangan mata. Boleh jadi dalam sekelip mata. Pernah korang terlihat seseorang yang berlainan jantina. Tetiba terasa getaran dalam jiwa dan rasa serba tak kena pada diri korang? Selepas tu korang akan teringat dan yang menakjubkan orang itu pun teringatkan korang sekali. Tu lah kuasa cinta. Cuma kadang-kadang selepas itu, korang cuba hendak menghindarkan perasaan tu disebabkan alasan-alasan yang aku bagitau kat atas tadi.

Apa pulak beza suka dan cinta???

Bagi aku, untuk menerangkan perbezaan antara suka dan cinta, akulagi suka memetik kata-kata Seohyun(SNSD) dalam variety show We Got Married. Ini kerana pada permulaan cerita, beliau langsung tidak tahu apa beza like someone dan love someone.

Bagi Seohyun, perasaan SUKA(LIKE) tu ibarat benih bunga Dandelion yang kita nampak terbang. Kita nampak benih tu cantik terawang-awangan di udara di tiup angin. Kadang-kadang kita cuba hendak menangkap benih tu, dan kadang-kadang benih tu terlekat di atas kepala kita atau bahu kita dan kemudian benih tu terbang kembali apabila angin meniup. Kita rasa keindahan dia pada saat itu tapi kita tak rasa apa-apa bila ianya pergi. Kita meneruskan kembali aktiviti kita. 

Perasaan CINTA(LOVE) tu pula ibarat benih bunga Dandelion tu kita dapat mungkin ketika ianya ditiup angin dan terlekat pada diri kita atau ketika kita cuba menangkapnya. Kemudian kita letak di atas tanah dan menanamnya. Kita berusaha menjaganya dengan menyiram, melindungi dari angin kencang, dari serangga perosak. Kalau kita menjaganya dengan baik, benih tu akan membesar dan menghasilkan bunga-bunga yang cantik tetapi sekiranya kita tidak elok menjaganya, benih tu akan terencat, layu dan mungkin mati. Biji benih yang kita jaga tadi, sekiranya elok jagaan kita, akan menghasilkan beribu-ribu benih bunga dandelion yang akan tersebar keseluruh dunia.

Kesimpulannya, perasan suka tu memang indah tetapi ia cuma hadir seketika dalam diri kita dan kita mungkin mengalaminya berulang kali. Tetapi kadang-kadang perasaan suka tu akan menjadi cinta. Kita berusaha menjaganya sebab kita cintanya. Tapi kita tidak tahu apakah cara kita elok atau tidak. Cinta mungkin akan mekar dan kita bahagia selamanya dan mungkin akan layu dan mati.

Sebenarnya apa tujuan aku tulis entri ni????? Hurm, aku rasa aku pakai campur-campur apa yang aku terfikir, haishhh. Maaf kalau boring,hahaha.


Kenapa aku letak pic Seohyun??? sebab sekarang aku minat kat dia.hahaha.

4 comment:

Anonymous said...

[CINTA] berakhir pada malam 3 jam.. (T_T)

Nik Syafiq said...

?????

Anonymous said...

macam sobi siot..o_O

kami said...

jiwang seyh~