Warkah Terakhir Buat Kekasih.
Assalamualaikum.
Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dalam keadaan baik-baik selalu.
Saya mendapat tahu bahawa awak akan melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi. Pada mulanya saya sangat terkejut sebab menyangka awak hanya bergurau dengan saya. Walaupun begitu, dalam hati kecil saya, saya tahu ianya bukan satu gurauan.
Awak,
Semasa dapat berita tu, saya rasa sungguh longlai. Saya tidak menyangka beginilah pengakhiran kita. Saya tidak menyangka sebab baru sebulan lebih lepas pabila saya bertanyakan awak pasal hal ini, awak bagitau awak tidak berminat dan tidak mahu fikir lagi. Nampaknya awak berbohong kepada saya sekali lagi. Saya dah berjanji dengan awak yang saya mahu mengambil awak sebagai isteri saya. Saya sanggup tidak akan sambung belajar sekiranya awak bagitau yang awak tidak sanggup tunggu lama-lama tapi awak hanya bagitau yang awak tidak berminat lagi berfikir pasal tunang dan kahwin ni. Kalaulah awak betul-betul sayang saya, awak akan ajak saya berbincang pasal hal ini bersama. Insyaallah akan adalah penyelesaiannya. Kalau awak suruh saya masuk meminang pun saya akan terus pergi. Tapi ianya tidak akan berlaku kalau awak buat keputusan sendiri.
Mungkin awak bercakap begitu disebabkan awak tidak ada apa-apa perasaan kepada saya lagi. Awak dah ada yang lain tetapi ianya tidak adil bagi saya. Sepatutnya awak jangan bagi harapan lagi kepada saya. Awak kena tahu, lagi lama awak bagi harapan kepada saya, hati saya lagi sakit. Nasib lah saya berfikir untuk bertanyakan awak pasal perkara tu. Saya rasa kalau saya menunggu, mungkin hari sebelum majlis tunang tu baru awak bagitau saya.
Tapi walau apapun, saya rasa saya akan ambil masa yang lama untuk melupakan awak. Saya redha dengan ketetapan ini. Mungkin sudah tertulis yang saya bukanlah orang yang akan menjadi suami awak. Mungkin juga saya bukanlah lelaki yang cukup baik untuk bersama awak. Saya akan sentiasa cuba memperbaiki diri saya supaya menjadi orang yang bertambah baik.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap saya kepada awak sepanjang lebih kurang 4 tahun usia perhubungan kita. Saya berterima kasih kepada awak atas memori-memori indah sepanjang kita bersama. Kita harung suka dan duka, beberapa kali bergaduh dan awak sentiasa mengalah, awak masak makanan buat saya, awak bagi hadiah sempena hari jadi saya, awak bagi bunga cokelat kat saya.
Sebenarnya saya bercadang ingin memperkenalkan awak pada keluarga saya pada masa konvo saya nanti seperti mana saya berkenalan dengan keluarga awak pada masa konvo awak tapi saya rasa ianya tidak lagi mungkin berlaku kerana pada waktu itu, awak sudah menjadi tunangan orang. Saya tahu ramai kawan-kawan kita yang mengatakan awak tidak elok buat saya kerana saya baik, tapi rasanya orang yang lebih mengenali diri saya adalah awak, sebab itu awak mengambil keputusan untuk tidak bersama saya. Awak lebih mengenali siapa diri saya sebenarnya.
Selepas saya mengetahui perkara itu, saya bagitau emak saya. Di rumah sebelum ni emak dan adik beradik saya selalu berjenaka pasal awak dan saya disebabkan nama belakang awak sama bunyi dengan nama Latifah, isteri pertama P Ramlee dalam cerita Madu Tiga. Saya pun selalu berseloroh semasa hendak pakai baju melayu dengan menjerit,"Pah, butang baju melayu aku mana der!!". Semua ahli keluarga pun tergelak. Saya bercadang ingin membuat joke ni dengan awak selepas kita bersama nanti. Tapi sekarang semua pun tinggal kenangan. Emak pun cakap lepas ni mak xboleh dah buat lawak macam tu lagi. Emak cuma cakap mungkin jodoh kamu bukan dengan dia. Jodoh bukan kehendak, tetapi takdir yang dah tertulis sejak awal lagi. Thanks, mak. =')
Selepas saya mengetahui perkara itu, saya bagitau emak saya. Di rumah sebelum ni emak dan adik beradik saya selalu berjenaka pasal awak dan saya disebabkan nama belakang awak sama bunyi dengan nama Latifah, isteri pertama P Ramlee dalam cerita Madu Tiga. Saya pun selalu berseloroh semasa hendak pakai baju melayu dengan menjerit,"Pah, butang baju melayu aku mana der!!". Semua ahli keluarga pun tergelak. Saya bercadang ingin membuat joke ni dengan awak selepas kita bersama nanti. Tapi sekarang semua pun tinggal kenangan. Emak pun cakap lepas ni mak xboleh dah buat lawak macam tu lagi. Emak cuma cakap mungkin jodoh kamu bukan dengan dia. Jodoh bukan kehendak, tetapi takdir yang dah tertulis sejak awal lagi. Thanks, mak. =')
Saya rasa cukuplah sampai di sini coretan buat awak. Saya berjanji pada diri saya, saya tidak akan menangis lagi disebabkan awak. Cukuplah sekali pada waktu dahulu. Walaupun kita tidak akan bersama, saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Mungkin bukan jodoh kita di dunia ini tapi saya berdoa supaya awak akan menjadi bidadari saya di syurga nanti. Sama-samalah kita berbuat baik agar dapat bertemu di sana kelak, insyaallah.
Sekian.
Yang sentiasa menyayangimu,
Nik Syafiq

6 comment:
Betapa luluh hati, hanya Allah yg tahu...bersabarlah tu je aku mampu ckp pik, insyaAllah ada yg lebih baik ntuk ko...percayalah pada ketentuan Dia...ckp mudah tp nk pulihkn hati dan semangat tu bkn mudah...so,take ur time...
Hancur berkecai jiwa dan raga... Percayalah, akan ada yang lagi baik di masa depan. Sabarlah =)
seriously , aku menggeletar bila dapat tau benda ney . sabar k . aku tau . x mudah nak face benda ney . hm .. entah la wei . x pe la . pasti ada yang sedang menunggu di sana . tabah la duhai rakan . :)
semua ini dugaan..sabar dan terus sabar k..bnd macam ny bukan senang nk lupa..tp egt, sapik msih ad rmai kawan2..bukan beliau sorang yg ada msa sapik susah..:)..
InsyaAllah, akan ada insan yg lbh baik tersedia utk sapik pada masa akan dtg..InsyaAllah..semua sudah tertulis..:)
Thanks to all my friends. Pray for me :)
sedih cite ko ni, tp tu lah bame die karma kn...
Post a Comment