Coretan dan Kenangan
Hai uolls.
Now, aku baru je balik dari u.
Cuaca hari ni panas sangat sampai aku terpaksa pakai jersi walaupun hari Ahad
hari bekerja kena pakai formal kalau boleh. Masa ondaway balik bilik sewa aku
singgah beli cendol kat depan pasaraya Welward sebab nak pekena cendol yang
bagi aku boleh tahan la. Masa aku tengah tunggu cendol siap nampak la 5,6 orang
student laki ngan perempuan yang jalan kaki gelak2 menghala ke tempat tunggu
bas. Dari pemerhatian aku tu budak diploma sebab kad matrik diorang, background
gambar kaler merah.
Actually, kat UTHM ni senang
kita nak bezakan student tu student apa based on background gambar kad matrik
diorang. Merah = Diploma. Biru = Degree. Hijau = Master. Kuning = PHD. Dulu
masa masuk sini aku taktau pun dan selalu sorok je kad matrik, tapi lepas dapat
tau takde la malu sangat nak pakai kad matrik background hijau ni,kehkeh.
Bila aku tengok diorang gelak2
seronok macam nak show off kat semua orang, teringat aku masa zaman belajar kat
UMT dulu. Memang aku pun pernah buat macam tu jugak. Bila keluar jenjalan ngan
member2 perempuan, semua macam nak gelak2 la, macam nak tarik perhatian orang
lain. Sama jugak aku rasa untuk budak perempuan. Masing-masing pun nak tarik
perhatian. Cuma beza kt UMT dengan UTHM ni, budak degree sini dah nampak matang
sebab mostly dari politeknik. Macam UMT kebanyakan dari matrik dan STPM,so,
nampak student degree UMT lagi naïf,hehe.
Sebab tu kalau nak compare,
student degree UTHM lagi ramai bawak kereta dari moto, xmacam student UMT yang
lagi ramai bawak moto dari kereta. Bila dah tengok bebudak tu, mula la otak ni
gatal2 nak flashback memori2 indah masa dekat UMT. masa masih muda
remaja,kehkeh. Betul kata orang, masa kita belajar la kita kena buat banyak
perkara sebab kita paling ingat kenangan masa di university. Sebab masa tu
adalah masa peralihan antara remaja dan dewasa yang bekerjaya (kalau tak
sambung belajar lagi lah). Masa di university jugak kita boleh tau orang tu
nanti masa depan dia mcm mana, tengok dia kena kejutan budaya or x, macam mana
dia kawal dan guna masa dia sebaiknya. Masa di university jugak ramai yang
belajar cinta-cinta,suka kepada orang tu dan orang ni yang kebanyakan aku tengok
tak kekal pun termasuklah aku =( .
Tapi takpelah sebab semua tu
adalah ilmu mengenai kehidupan yang ilmunya kita dapat melalui kegagalan dan
keperitan yang kita hadapi. Ada yang berubah selepas habis belajar, ada yang
dulunya kawan rapat tapi sekarang dah tak bertegur sapa, ada yang terkandas
separuh jalan, ada yang berjaya dengan result yang tak seberapa dan ada juga
yang hilang tanpa khabar berita. Bila kita dah hidup lebih suku abad ni, kita
mungkin dah melalui hampir semua dan sedikit sebanyak mendidik kita lebih
rasional dalam tindakan. Kita tak tahu pun rezeki kita di mana dan setakat
mana, tu tak penting sebab yang penting usaha yang kita laksanakan. Orang yang
kita nampak berjaya hari ni tak semestinya kekal berjaya 10 tahun akan datang.
Tapi dalam kita mencari dan
mengejar impian, kita mestilah menjadikan setiap hari yang berlalu sebagai
memori indah. Kadang-kadang keluarlah enjoy bersama kawan-kawan ataupun pergi
jenjalan. Hubungan sesama manusia pun penting tau. Kita tak tahu bila kita akan
memerlukan bantuan dan pertolongan mereka. Biar benda ni bergerak seiringan.
Haish, panjang lebar dah mcam pakar motivasi pulak aku ni. Pesanan ni pun untuk
diri aku jugak sebab aku rasa kena fokus balik objektif aku dan
rancangan-rancangan untuk masa depan. Master ni pun semakin lama semakin malas
dan progress makin lama makin slow. Dah la ni sem terakhir untuk aku siapkan.
Hope dapat la aku siapkan dan boleh bekerja macam yang lain jugak. tata titi
tutu =)

1 comment:
hahahahahaha naif ye. semua dah dewasa. semakin matang dan boleh pk. aishh rindunya dulu-dulu
Post a Comment