Sunday, 23 March 2014

Coretan dan Kenangan

Hai uolls.

Now, aku baru je balik dari u. Cuaca hari ni panas sangat sampai aku terpaksa pakai jersi walaupun hari Ahad hari bekerja kena pakai formal kalau boleh. Masa ondaway balik bilik sewa aku singgah beli cendol kat depan pasaraya Welward sebab nak pekena cendol yang bagi aku boleh tahan la. Masa aku tengah tunggu cendol siap nampak la 5,6 orang student laki ngan perempuan yang jalan kaki gelak2 menghala ke tempat tunggu bas. Dari pemerhatian aku tu budak diploma sebab kad matrik diorang, background gambar kaler merah.

Actually, kat UTHM ni senang kita nak bezakan student tu student apa based on background gambar kad matrik diorang. Merah = Diploma. Biru = Degree. Hijau = Master. Kuning = PHD. Dulu masa masuk sini aku taktau pun dan selalu sorok je kad matrik, tapi lepas dapat tau takde la malu sangat nak pakai kad matrik background hijau ni,kehkeh.

Bila aku tengok diorang gelak2 seronok macam nak show off kat semua orang, teringat aku masa zaman belajar kat UMT dulu. Memang aku pun pernah buat macam tu jugak. Bila keluar jenjalan ngan member2 perempuan, semua macam nak gelak2 la, macam nak tarik perhatian orang lain. Sama jugak aku rasa untuk budak perempuan. Masing-masing pun nak tarik perhatian. Cuma beza kt UMT dengan UTHM ni, budak degree sini dah nampak matang sebab mostly dari politeknik. Macam UMT kebanyakan dari matrik dan STPM,so, nampak student degree UMT lagi naïf,hehe.

Sebab tu kalau nak compare, student degree UTHM lagi ramai bawak kereta dari moto, xmacam student UMT yang lagi ramai bawak moto dari kereta. Bila dah tengok bebudak tu, mula la otak ni gatal2 nak flashback memori2 indah masa dekat UMT. masa masih muda remaja,kehkeh. Betul kata orang, masa kita belajar la kita kena buat banyak perkara sebab kita paling ingat kenangan masa di university. Sebab masa tu adalah masa peralihan antara remaja dan dewasa yang bekerjaya (kalau tak sambung belajar lagi lah). Masa di university jugak kita boleh tau orang tu nanti masa depan dia mcm mana, tengok dia kena kejutan budaya or x, macam mana dia kawal dan guna masa dia sebaiknya. Masa di university jugak ramai yang belajar cinta-cinta,suka kepada orang tu dan orang ni yang kebanyakan aku tengok tak kekal pun termasuklah aku =( .

Tapi takpelah sebab semua tu adalah ilmu mengenai kehidupan yang ilmunya kita dapat melalui kegagalan dan keperitan yang kita hadapi. Ada yang berubah selepas habis belajar, ada yang dulunya kawan rapat tapi sekarang dah tak bertegur sapa, ada yang terkandas separuh jalan, ada yang berjaya dengan result yang tak seberapa dan ada juga yang hilang tanpa khabar berita. Bila kita dah hidup lebih suku abad ni, kita mungkin dah melalui hampir semua dan sedikit sebanyak mendidik kita lebih rasional dalam tindakan. Kita tak tahu pun rezeki kita di mana dan setakat mana, tu tak penting sebab yang penting usaha yang kita laksanakan. Orang yang kita nampak berjaya hari ni tak semestinya kekal berjaya 10 tahun akan datang.


Tapi dalam kita mencari dan mengejar impian, kita mestilah menjadikan setiap hari yang berlalu sebagai memori indah. Kadang-kadang keluarlah enjoy bersama kawan-kawan ataupun pergi jenjalan. Hubungan sesama manusia pun penting tau. Kita tak tahu bila kita akan memerlukan bantuan dan pertolongan mereka. Biar benda ni bergerak seiringan. Haish, panjang lebar dah mcam pakar motivasi pulak aku ni. Pesanan ni pun untuk diri aku jugak sebab aku rasa kena fokus balik objektif aku dan rancangan-rancangan untuk masa depan. Master ni pun semakin lama semakin malas dan progress makin lama makin slow. Dah la ni sem terakhir untuk aku siapkan. Hope dapat la aku siapkan dan boleh bekerja macam yang lain jugak. tata titi tutu =)


1 comment:

hahahahahaha naif ye. semua dah dewasa. semakin matang dan boleh pk. aishh rindunya dulu-dulu