Friday, 25 February 2011

Assalamualaikum

Mood: tak tenteram.

keadaan ketika entri ni ditulis adalah celaru. Bnyak perkara bermain di benak minda. terasa semua masalah datang menerjah kotak fikiran sekali gus merobek sel2 otak. kenapalah semua masalah ni datang serentak??otak cuma digunakan 30% dan xkan dapt mengsintesis semuanya.

masa untuk menyiapkan fyp semakin singkat. langsung tidak menunggu walaupun setiap saat. fikran risau tapi tetap alpa. semalam berjumpa saudara asraf. Alhamdulillah, bnyak persoalan dapat dirungkai. idea baru dtg sedikit tp pergerakan masih samar2. terima kasih kepada Dr. Suzuri. Kata-kata Dr. memng mengetuk pintu hati saya. cemburu kepada kawan2 yg diselia oleh Dr. mereka sangat2 beruntung. mood: sedikit tertekan.

dinner yg jatuh pada 11/3 ini juga dirisaukan. kerenah2 makhluk berakal ini amat memeningkan kepala. masing2 mempunyai ego setinggi melangit-langsung tidak mau beralah, tak kira mereka yg mempunyai 9 nafsu, atau pun 1 nafsu. sama jer. mereka perlu keluar dari zon selesa. kami bukanlah orang luar yg takut untuk disapa. kami juga manusia software engineering yg bersama kalian sejak semester hingusan lagi. tp perkara itu telah diselesaikan. Syukur. mood: lega sedikit

cinta, hati, perasaan, kasih, sayang, rindu, ego, cemburu. semua ni turut memeningkan kepala. bila mulut bicara berlainan dari kata hati, semua yg keluar akan kelihatan aneh dan samar2. kenapa bila hati sudah tertaut, terdapat badai yg datang. mungkinkah ini semua uijian dr Yang Maha Esa. bisikan2 syaitan membuatkan hati menjadi ragu2. kawan yang rapat menjadi renggang, sayang yg datang semakin hilang. sekarang yang tinggal cuma syak wasangka antara satu sama lain. hati sudah tewas. membiarkan semua ini berlalu tanpa adanya apa2 rasa. lantaklah.

kadang2 terasa diri ini sungguh banyak berkorban. mengendahkan bisikan hati, mengabaikan perasaan sendiri. terasa sangat naif. "kamu jangan jadi terlalu baik"-kata2 nasihat drpada seorang teman bagai masuk telinga kanan dn keluar telinga kiri. ini lumrah, naluri sendiri sejak kecil yang suka apabila berbuat baik. rasa gembira bila dapat berbakti dan melihat senyuman terukir walaupun dlm benak hati, luluh dan terasa sudah disiat halus2.

"mungkin ini bukan rezeki ku"- bisikan yang sedikit sebnyak mengubati hati yang habis disiat itu. mungkin kali ni patut mencuba. xboleh dinafikan perasaan itu ada walaupun xsekuat mana. kaedah perlu diubah kerana diri ini sudah dewasa. berhak untuk berjuang demi kebhagiaan esok lusa. xsalah untuk mencuba. berharap ianya berjaya. mood: peroleh semangat baru :)

1 comment:

semakin lama bahasa ko semakin bersastera. i like~